Friday 20 April 2012

Resepi rainbow cake

Bahan-bahannya:
130g tepung serbaguna
120g gula icing
120g mentega/marjerin
120g telur
1penutup esen vanila
120g buttermilk (ataupun 100g susu segar tambah 20g cuka,rehatkan dalam 20minit)

Pewarna mengikut kegemaran

1. Panaskan oven pada suhu 170c
2. Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dlm 5min.


kredit kat Kak nurul sbb hadiahkan kita mixer ni masa kita kawin


3. Masukkan telur satu persatu kemudian esen vanila.
4. Masukkan buttermilk dan tepung sedikit demi sedikit.
5. Timbang aduan sekata dan bahagikan ke dalam mangkuk utk ditambah pewarna. (supaya lapisan kek akan sama besar.)
6. Sekiranya mempunyai lebih dari satu loyang, bolehla bakar bersama dgn syarat oven tu besar ye.
Kalau tak, bakar satu per satu aduan yg telah siap diwarnakan.
7.Selepas dibakar, jangan tindih kek yg panas sbb nanti kek akan melekat antara satu sama lain.
8. Sejukkan kesemua kek yg telah siap dibakar.

Utk cream cheese frosting
300gm cream cheese pada suhu bilik
300ml whipping cream
100gm gula halus
2 sudu besar butter

optional susu segar jika aduan terlalu pekat.

1. Pukul cream cheese, gula dan butter sehingga kembang
2. Masukkan whipping cream pukul sehingga sebati
3. Sekiranya terlalu pekat boleh tmbhkan susu segar mengikut citarasa.
4. Boleh ditambah pewarna mengikut keperluan mendeco nanti.



btw , saya pun masih amatur ye.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...