Monday 30 April 2012

Cakes

Sebenarnya saya xpernah pergi kelas baking mahupun belajar dgn sesiapa. Bukan sebab malas ataupun sebarang alasan, saya xboleh pergi disebabkan kekangan masa dan ruang. Oleh itu saya belajar dari buku atau rancangan masakan. Yang penting usaha kita utk berjaya. Baking perlukan kesungguhan dan minat.

Antara kek2 yg pernah saya buat :



red velvet cake


oreo badam cake- 1st sapu buttercream atas kek sampai senget sebelah

red velvet with creamcheese
Double choc almond cake
Moist choc cake
oreo cake
Oreo chipmore with creamcheese
Btw, saya adalah amatur..

Red Velvet Cupcakes

Resepi Red Velvet Cake


Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung kek
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream




Seoul Garden

Selepas penat berjalanm berbunyi plak perut kami. Mencari sesuatu yg berbeza kerana husband saya sangat cerewet ye tentang makanan ni. Ada hari boleh jadi bergaduh gak kitaorg kalau memilih tempat makan. Sesat barat jgk kami dalam One Utama tu mencari tempat makan yg best. Akhirnya kami pilih Seoul Garden, buffet grill and steamboat. Harga dia RM27.88 utk adult lunch. Add on RM2.88 utk tomyam soup. Overall bagi 6/10.


yg tgh2 tu steamboat, tepi2 tu grill

tapi tu je sempat amik gambo pastu dah mcm naga..sbb lapar sgt.hehehehe...


iklan jap..kuikuikui

Garret Popcorn One Utama

Bace tajuk pun dah wat air liur meleleh bg pengemar manisan. Tapi serius cakap, garret popcorn nih mmg nyum2. Harga pun nyum-nyum sgt. Bila compared, keputusan nya adalah puas hati.

medium size rm36

caramelcrisp with almod nuts...i loike!

Garret popcorn nih dlm kedai Candylicious. Kedai ni klo kanak2 masuk mmg xmau keluar..syurga rasenya

chocolate lollipops 2pcs rm12 

yg ni xpasti ape..tp yg pntg cantik kan..

hersey's product


geram tgk kan?

Penyusuan Ibu

Nak buat entry pasal penyusuan ibu tapi masa belum mengizinkan. Will update soon..

Thursday 26 April 2012

Anak Susuan

ANAK SUSUAN Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia

mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Kesan Hubungan Anak susuan dengan ibu susuan?

Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.

Wallahua’lam.


Rujukan:
1.Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
2.Kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi.
3.Fiqh Lima Mazhab, Oleh Muhammad Jawad Mughniyah.
4.Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.


Carta di bawah adalah jumlah susu yg diperlukan utk menjadi ibu susuan.

Umur BayiJumlah susu setiap kali sesi BF
Hari pertama (0 - 24 jam)7ml (anggaran 1 sudu teh+-)
Hari kedua (24 - 48 jam)14ml (anggaran 3 sudu teh)
Hari ketiga (48 - 72 jam)38ml (1.3fl oz)
Hari keempat (72 - 96 jam)58ml (2fl oz)
Hari kelima (96 - 120 jam)68ml (2.3fl oz)

Bermakna sekiranya saya memberi sebotol penuh susu ibu anggaran 10oz kepada baby berumur kurang dr seminggu, anak itu adalah anak susuan saya kan. Alhamdulillah saya mempunyai 2org anak susuan, dua2nya adalah lelaki.


Dkt 10oz kan?

Saya gumbira

Pepatah berbunyi begini:

Jangan marah jika isteri anda kuat makan,
Jangan marah kalau isteri anda gemuk dan berisi,
Kerana setiap suapan yang isteri makan, suami dapat pahala,
10 suapan, 10 pahala..walaupun gemuk, itu tandanya suami bagi cukup makan...

wah..terima kasih utk pengarang pepatah ini...luv it!

Muhammad Qhaliff Zafran bin Khirul Anwar


Perubahan yg berlaku sepanjang 12bulan.
Perhatikan kepada pipi anak ni.

fresh from oven



1st day


1month
 
2month
 
3month

4month
5month
6month
7month- smpt gak jd model MAGGI
8month
9month
10month
11month
12 month
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya utk menyusukan sepenuhnya sehingga setahun 7bulan. Lagi balance 5 bulan momi anak ini dah mengalah sebab sejak setahun lagi anak kecil ni xmahu direct breastfeed. Semakin lama susu makin merundum sehingga kami mengambil keputusan utk berhenti. Maaf anak, momi cpt putus asa.. :(

Ade yg tanya kenapa anak ini berkulit gelap. Biarla ape sahaja cemuhan or kritikan org pd anak kecil ini, sbg sememangnya saya semasa kecil juga berkulit sedemikian. Tapi saya sangat 100juta lemon sayang anak kecil yg bijak ini.

Lainkali saya kan cerita plak perjalanan penyusuan ibu ye.

Buah hati saya

Date of Born : 01 June 2010
Place of Born : OT, Hospital Ampuan Rahimah Klang.
Weight : 3.725kg
Height : Tak hengat la..nnt balik tgk buku kesihatan.
Nama : Muhammad Qhaliff Zafran bin Khirul Anwar
Maksud Nama :
                 Muhammad ( nama Rasulullah S.A.W -SATU2 pemimpin terunggul &terakhir dlm Islam)
                 Qhaliff ( Khalifah )
                 Zafran ( Kejayaan )


ni laa buah hati saya
Muhammad Qhaliff Zafran
Ada yg tanya kenapa panjang sgt nama tu. Sebab ape yg saya tahu ketika di Padang Mashyar kelak, nama Muhammad yg akan dipanggil dahulu utk dihisab. Insyaallah doa anak utk kedua ibu bapanya. Amin.

Hospital Ampuan Rahimah Klang

Byk sgt bad reviews utk hospital ni tetapi ku gagahkan juga kaki utk ke hospital ni dgn harapan menggunung. Tapi nan hado, same je dgn reviews org2 yg pernah bersalin kat hospital ni. Masa pendaftaran, husband gigih gak tanya 1st class wad tp time tu tgh renovation. Peh punah harapan td tp teruskan juga perjuangan yang belum selesai. Selesai mendaftar di Wad Kelas Dua, tgk kiri tgk kanan alamak situasi yg terlalu pack tgh patients. Bincang punye bincang, nak mintak discharged transfer ke Klinik Bersalin Satuan Sungai Kapar Indah. Ketua doctor kat situ siap warning dorang tidak akan bertanggungjwab sekiranya berlaku ape2. Sebab fikir baru bukak 1cm, gigihla jugak nk tukar hospital. Namun mmg telah ditakdirkan rezeki mmg kena bersalin kat situ. Sebab masa nak discharged tu, papa baru masuk Unit Kecemasan hospital yg sama. Papa tiba2 rebah masa di klinik kesihatan Kapar. So xjadila nk discharged.

Masa menunggu utk bersalin disamping perasaan risau dgn keadaan papa yg berada di ICU akibat koma mmg bukan benda yg mudah. Hati ni selalu berdoa agar kedua2nya selamat. Masa tu husband la org yg paling sibuk, berlari ke sana sini, isteri di tingkat 1 dan ayah mentua di tingkat 6.
Memang sgt2 haru masa tu, semalaman di wad, akhirnye dibawa ke bilik bersalin keesokkan harinya dgn buka 5cm. Sampai tghari, pintu rahim baru cecah 6cm, nurse kat situ dah tolong ‘bukak’kan jalan dgn tangan dorg. Boleh bayangkan x kengeriannya? Tuhan je yg tahu perasaan masa tu, Jerit kat nurse tu nak amik epidural utk kurangkan kesakitan contraction namun dorang wat xdengar je. Tak tahu ape reason dorg. Kesakitan concraction tu berlaku sampaila masuk waktu Zuhur, doctor pakar bersalin dtg memantau, time tu la saya ckp dgn harapan dorg tlgla bg epidural sbb mmg dh xtahan sakit yg melebihi 36jam..100x sakit dari period pain. Saya tanya pada doctor tu kenapa xinduce sbb sakit dah seharian ni. Lastly doctor pakar tu decide nak ceaser sebab dah sakit terlalu lama. Time tu cuma pikir, selamatkan kedua2 kami. Sebab selalu baca pasal baby lemas, baby makan yeyek sdri. So mmg xmau la jadi mcm tu. Akhirnye selamatla kami berdua di ceaser kan oleh doctor pakar tersebut dan ditarik keluar dari ‘tingkap’ , seorg baby boy pada 01 June 2010 pada pukul 2.33pm dgn berat 3.725kg.

Ada yg xmenyangka saya akan di ceaser, sbb azalinye nampak saya ni mcm gagah. Wahai kekawan, episode di dalam bilik bersalin tu xsama dgn di luar ni. Dekat dlm sana, pressure terlalu tinggi plus dgn keadaan papa saya. Walaupun begitu, saya bersyukur sebab takde sebarang komplikasi pada saya mahupun baby saya. Sepanjang pantang, baby boy sihat tanpa jaundis mahupun demam. Mungkin baby saya pun paham keadaan masa tu.

2jam selepas saya bersalin, keadaan papa dikatakan sudah menunjukkan peningkatan namun keesokkan paginya berubah kepada kriktikal. Memang sudah janji Allah, sampai situ sahaja nyawa dipinjamkan kepada papa. Tanggal 02 Jun 2010, papa kembali ke rahmatullah hanya kerana demam panas. Siapa kita mahu menidakkan ketentuan Qada' dan Qadar. Al Fatihah..Semoga rohnya bersemadi di kalangan org beriman. Amin.

Entry ni bukan utk menghentam, hanya bingkisan pengalaman sendiri.

Tuesday 24 April 2012

9 purnama

Selepas 2bulan, saya disahkan kena buatan orang..kuikuikui....
Rezeki tul sebab masa tu raya Aidilfitri maknanya saya puasa full la sebulan.best sgt xyah ganti puasa kan..
Excited rasanye walaupun sepanjang proses kebuntingan tu byk dugaan yg dtg mengugat iman..sedih jugak kalau ingat balik.
Tetapi preparation tetap on, masa tu kebetulan Jusco Bukit Raja tengah wat Jcard Day. Tgh membawak perut tu jgkla mensopping..

antara persediaan utk c kecil
Seronok tau bile tgh sarat tu g sopping walaupun sakit sana sini tp berbaloi-baloi.
Alhamdulillah sepanjang mengandung xde alahan yg teruk, muntah pun suami kita yg dapat.
Cuma bila masuk 2nd trimester tu discharged berlebihan yg agak teruk. Tabah je la menghadapi.
Due date dijangkakan mid June 2010 tapi end of May 2010, saya dah rasa lain macam.

Malam sebelum masuk hospital, kitaorg g mkn2 kat PakLi Shah Alam Seksyen 7, teringin makan kuew tiau goreng dan fresh orange. Kekonon pegi celebrate sekali anniversary kitaorg yg setahun. Bila dah dapat apa yg diimpikan tu, malam tu dah turun darah mcm org dtg period. Gabra seh, tp sambung tido balik sbb tgh mlm masa tu area pukul 3am.

Keesokan pagi, kitaorg terus pegi Hospital Ampuan Rahimah Klang. Selepas proses pendaftran, terus masuk klinik kat bawah tu. Lupa plak nama klinik tu. Time tu rasa nerbes yg amat tapi xde sakit lagi, baru rasa kejang2 je seluruh pinggang. Bila masuk klinik tu, pandang kiri pandang kanan semua doktor pelatih.
Dalam hati ckp, ah sudah...mmg pun dorg main celuk sesuka hati dan rasa je. Takde pun nk mintak permisssion kita. Bila check baru bukak 1cm dan berat mencecah 80kg..Giler kentang..


Nanti kita sambung lagi peristiwa semasa di hospital ye..daaaa

Monday 23 April 2012

Kawan

Ape agaknye erti kawan?

Kalau rasa xikhlas nak jadi kawan, baik xyah berkawan.
Tikam belakang, cerita yang xbaik sepatutnye xberlaku antara kawan.

p/s utk diri sendiri: tolong berhati2 dgn kawan..
aku ikhlas kawan dgn ko..dulu time ko susah aku tolong je ko..xpenah plak aku suh ko pulang balik..
hampeh tul kawan cam ko ni...

Friday 20 April 2012

Nak wat passport

Kitaorg nk hoholidays masa Jun nanti, kemas pny kemas jumpe balik picture masa buat kad nikah. Dalam hati ni gumbira sgt sbb time nih muka kecik skit maklomla baru pas kawin. tapi skang mcm kena pam daaa...



muka kekanak sgt suami saya..puiiiii
agak2 mase kat imigresen dorg tolak x gambo nih..hahahaha..gurau kaso ni..

Kalaula rajin?!

bile tangan rajin, insyaallah blog ni akan ber update..kalau berhabuk tu maknanye pepaham jer la..,

30 May 2009

Tanggal tarikh itu, saya terkujat sebenarnya. Bilang pakai jari tangan jari kaki hampir tiga tahun rupanya usia perkahwinan kitaorg, pejam celik pejam celik xterasa sebenarnya.. selepas hampir 6bulan bertunang, we all decide nak kawin pada usia yg agak muda(sbb org lain pn ade yg kawin umur lebih muda dari itu) iaitu 23tahun. Bukan gatal hokay, elakkan maksiat..(peh ayat coberline).



Antara kenangan terakhir dgn arwah papa.
Selang sehari, majlis persandingan di langsungkan, masa ni tangan kaki semua xcukup. dah macam lipas kudung tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan.



one of persalinan kami

dgn pengapit perempuan dgn boyfriend dia, tp skang dah jadi suami..
Selepas 2bulan menikahi Khirul Anwar bin Suwonda, alhamudulillah rezeki berpihak pada kami sbb risau juga kan. Sepanjang proses membunting itu, saya xde ape2 alahan sebab kesemuanya suami yang amik ye.
Alahan saya cuma pantang nampak makanan sehingga masa nk bersalin tu berat badan mencecah 80kg.

6month prenancy-holiday kat genting highlands
Nanti kita sambung lagi..soon..

Love this smell

Suka sangat bau perfume DKNY fresh blossom nih..


Thanks to hubby sebab belikan perfume nih sebab selama ni jarang beli perfume tetapi pasni pasti akan beli perfume nih...love it so much...

Resepi rainbow cake

Bahan-bahannya:
130g tepung serbaguna
120g gula icing
120g mentega/marjerin
120g telur
1penutup esen vanila
120g buttermilk (ataupun 100g susu segar tambah 20g cuka,rehatkan dalam 20minit)

Pewarna mengikut kegemaran

1. Panaskan oven pada suhu 170c
2. Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dlm 5min.


kredit kat Kak nurul sbb hadiahkan kita mixer ni masa kita kawin


3. Masukkan telur satu persatu kemudian esen vanila.
4. Masukkan buttermilk dan tepung sedikit demi sedikit.
5. Timbang aduan sekata dan bahagikan ke dalam mangkuk utk ditambah pewarna. (supaya lapisan kek akan sama besar.)
6. Sekiranya mempunyai lebih dari satu loyang, bolehla bakar bersama dgn syarat oven tu besar ye.
Kalau tak, bakar satu per satu aduan yg telah siap diwarnakan.
7.Selepas dibakar, jangan tindih kek yg panas sbb nanti kek akan melekat antara satu sama lain.
8. Sejukkan kesemua kek yg telah siap dibakar.

Utk cream cheese frosting
300gm cream cheese pada suhu bilik
300ml whipping cream
100gm gula halus
2 sudu besar butter

optional susu segar jika aduan terlalu pekat.

1. Pukul cream cheese, gula dan butter sehingga kembang
2. Masukkan whipping cream pukul sehingga sebati
3. Sekiranya terlalu pekat boleh tmbhkan susu segar mengikut citarasa.
4. Boleh ditambah pewarna mengikut keperluan mendeco nanti.



btw , saya pun masih amatur ye.

Thursday 19 April 2012

rainbow cake

Sebenarnya saje wat blog ni sebab ramai yg tanya pasal resipi rainbow cakes dari aku. So memudahkan keadaan tercipta la blog ni. BTW bukan resipi je, anything will be update soon.

                                      

yg atas ni lum ade cream cheese lagi..try tindih2 dulu.


hah..yang ni dah salut cream cheese.. yg atas kek tu kerak kek2 tadi..saja wat jadi bentuk love.kekonon kreatip lar..



tadaaaa...rainbow cake td dh siap potong utk celebrate birthday sendiri..btw kek ni sold out,tinggal papan kek je..
next time kita bagi resipi plak ek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...