Thursday 26 April 2012

Anak Susuan

ANAK SUSUAN Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia

mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Kesan Hubungan Anak susuan dengan ibu susuan?

Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.

Wallahua’lam.


Rujukan:
1.Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
2.Kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi.
3.Fiqh Lima Mazhab, Oleh Muhammad Jawad Mughniyah.
4.Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.


Carta di bawah adalah jumlah susu yg diperlukan utk menjadi ibu susuan.

Umur BayiJumlah susu setiap kali sesi BF
Hari pertama (0 - 24 jam)7ml (anggaran 1 sudu teh+-)
Hari kedua (24 - 48 jam)14ml (anggaran 3 sudu teh)
Hari ketiga (48 - 72 jam)38ml (1.3fl oz)
Hari keempat (72 - 96 jam)58ml (2fl oz)
Hari kelima (96 - 120 jam)68ml (2.3fl oz)

Bermakna sekiranya saya memberi sebotol penuh susu ibu anggaran 10oz kepada baby berumur kurang dr seminggu, anak itu adalah anak susuan saya kan. Alhamdulillah saya mempunyai 2org anak susuan, dua2nya adalah lelaki.


Dkt 10oz kan?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...