Thursday 26 April 2012

Hospital Ampuan Rahimah Klang

Byk sgt bad reviews utk hospital ni tetapi ku gagahkan juga kaki utk ke hospital ni dgn harapan menggunung. Tapi nan hado, same je dgn reviews org2 yg pernah bersalin kat hospital ni. Masa pendaftaran, husband gigih gak tanya 1st class wad tp time tu tgh renovation. Peh punah harapan td tp teruskan juga perjuangan yang belum selesai. Selesai mendaftar di Wad Kelas Dua, tgk kiri tgk kanan alamak situasi yg terlalu pack tgh patients. Bincang punye bincang, nak mintak discharged transfer ke Klinik Bersalin Satuan Sungai Kapar Indah. Ketua doctor kat situ siap warning dorang tidak akan bertanggungjwab sekiranya berlaku ape2. Sebab fikir baru bukak 1cm, gigihla jugak nk tukar hospital. Namun mmg telah ditakdirkan rezeki mmg kena bersalin kat situ. Sebab masa nak discharged tu, papa baru masuk Unit Kecemasan hospital yg sama. Papa tiba2 rebah masa di klinik kesihatan Kapar. So xjadila nk discharged.

Masa menunggu utk bersalin disamping perasaan risau dgn keadaan papa yg berada di ICU akibat koma mmg bukan benda yg mudah. Hati ni selalu berdoa agar kedua2nya selamat. Masa tu husband la org yg paling sibuk, berlari ke sana sini, isteri di tingkat 1 dan ayah mentua di tingkat 6.
Memang sgt2 haru masa tu, semalaman di wad, akhirnye dibawa ke bilik bersalin keesokkan harinya dgn buka 5cm. Sampai tghari, pintu rahim baru cecah 6cm, nurse kat situ dah tolong ‘bukak’kan jalan dgn tangan dorg. Boleh bayangkan x kengeriannya? Tuhan je yg tahu perasaan masa tu, Jerit kat nurse tu nak amik epidural utk kurangkan kesakitan contraction namun dorang wat xdengar je. Tak tahu ape reason dorg. Kesakitan concraction tu berlaku sampaila masuk waktu Zuhur, doctor pakar bersalin dtg memantau, time tu la saya ckp dgn harapan dorg tlgla bg epidural sbb mmg dh xtahan sakit yg melebihi 36jam..100x sakit dari period pain. Saya tanya pada doctor tu kenapa xinduce sbb sakit dah seharian ni. Lastly doctor pakar tu decide nak ceaser sebab dah sakit terlalu lama. Time tu cuma pikir, selamatkan kedua2 kami. Sebab selalu baca pasal baby lemas, baby makan yeyek sdri. So mmg xmau la jadi mcm tu. Akhirnye selamatla kami berdua di ceaser kan oleh doctor pakar tersebut dan ditarik keluar dari ‘tingkap’ , seorg baby boy pada 01 June 2010 pada pukul 2.33pm dgn berat 3.725kg.

Ada yg xmenyangka saya akan di ceaser, sbb azalinye nampak saya ni mcm gagah. Wahai kekawan, episode di dalam bilik bersalin tu xsama dgn di luar ni. Dekat dlm sana, pressure terlalu tinggi plus dgn keadaan papa saya. Walaupun begitu, saya bersyukur sebab takde sebarang komplikasi pada saya mahupun baby saya. Sepanjang pantang, baby boy sihat tanpa jaundis mahupun demam. Mungkin baby saya pun paham keadaan masa tu.

2jam selepas saya bersalin, keadaan papa dikatakan sudah menunjukkan peningkatan namun keesokkan paginya berubah kepada kriktikal. Memang sudah janji Allah, sampai situ sahaja nyawa dipinjamkan kepada papa. Tanggal 02 Jun 2010, papa kembali ke rahmatullah hanya kerana demam panas. Siapa kita mahu menidakkan ketentuan Qada' dan Qadar. Al Fatihah..Semoga rohnya bersemadi di kalangan org beriman. Amin.

Entry ni bukan utk menghentam, hanya bingkisan pengalaman sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...