Monday, 30 April 2012

Cakes

Sebenarnya saya xpernah pergi kelas baking mahupun belajar dgn sesiapa. Bukan sebab malas ataupun sebarang alasan, saya xboleh pergi disebabkan kekangan masa dan ruang. Oleh itu saya belajar dari buku atau rancangan masakan. Yang penting usaha kita utk berjaya. Baking perlukan kesungguhan dan minat.

Antara kek2 yg pernah saya buat :



red velvet cake


oreo badam cake- 1st sapu buttercream atas kek sampai senget sebelah

red velvet with creamcheese
Double choc almond cake
Moist choc cake
oreo cake
Oreo chipmore with creamcheese
Btw, saya adalah amatur..

Red Velvet Cupcakes

Resepi Red Velvet Cake


Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung kek
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream




Seoul Garden

Selepas penat berjalanm berbunyi plak perut kami. Mencari sesuatu yg berbeza kerana husband saya sangat cerewet ye tentang makanan ni. Ada hari boleh jadi bergaduh gak kitaorg kalau memilih tempat makan. Sesat barat jgk kami dalam One Utama tu mencari tempat makan yg best. Akhirnya kami pilih Seoul Garden, buffet grill and steamboat. Harga dia RM27.88 utk adult lunch. Add on RM2.88 utk tomyam soup. Overall bagi 6/10.


yg tgh2 tu steamboat, tepi2 tu grill

tapi tu je sempat amik gambo pastu dah mcm naga..sbb lapar sgt.hehehehe...


iklan jap..kuikuikui

Garret Popcorn One Utama

Bace tajuk pun dah wat air liur meleleh bg pengemar manisan. Tapi serius cakap, garret popcorn nih mmg nyum2. Harga pun nyum-nyum sgt. Bila compared, keputusan nya adalah puas hati.

medium size rm36

caramelcrisp with almod nuts...i loike!

Garret popcorn nih dlm kedai Candylicious. Kedai ni klo kanak2 masuk mmg xmau keluar..syurga rasenya

chocolate lollipops 2pcs rm12 

yg ni xpasti ape..tp yg pntg cantik kan..

hersey's product


geram tgk kan?

Penyusuan Ibu

Nak buat entry pasal penyusuan ibu tapi masa belum mengizinkan. Will update soon..

Thursday, 26 April 2012

Anak Susuan

ANAK SUSUAN Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia

mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Kesan Hubungan Anak susuan dengan ibu susuan?

Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.

Wallahua’lam.


Rujukan:
1.Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
2.Kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi.
3.Fiqh Lima Mazhab, Oleh Muhammad Jawad Mughniyah.
4.Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.


Carta di bawah adalah jumlah susu yg diperlukan utk menjadi ibu susuan.

Umur BayiJumlah susu setiap kali sesi BF
Hari pertama (0 - 24 jam)7ml (anggaran 1 sudu teh+-)
Hari kedua (24 - 48 jam)14ml (anggaran 3 sudu teh)
Hari ketiga (48 - 72 jam)38ml (1.3fl oz)
Hari keempat (72 - 96 jam)58ml (2fl oz)
Hari kelima (96 - 120 jam)68ml (2.3fl oz)

Bermakna sekiranya saya memberi sebotol penuh susu ibu anggaran 10oz kepada baby berumur kurang dr seminggu, anak itu adalah anak susuan saya kan. Alhamdulillah saya mempunyai 2org anak susuan, dua2nya adalah lelaki.


Dkt 10oz kan?

Saya gumbira

Pepatah berbunyi begini:

Jangan marah jika isteri anda kuat makan,
Jangan marah kalau isteri anda gemuk dan berisi,
Kerana setiap suapan yang isteri makan, suami dapat pahala,
10 suapan, 10 pahala..walaupun gemuk, itu tandanya suami bagi cukup makan...

wah..terima kasih utk pengarang pepatah ini...luv it!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...